Yayasan Warisan Anak Selangor

Syarat Perkhidmatan

1. Penerimaan Syarat

Dengan mengakses portal Pendaftaran IMPAK Selangor dan menghantar permohonan, anda bersetuju untuk mematuhi Syarat Perkhidmatan ini. Jika anda tidak bersetuju, sila jangan gunakan perkhidmatan ini.

2. Kelayakan Permohonan

Permohonan Program IMPAK Selangor terbuka kepada pemohon yang memenuhi kriteria berikut:

  • Wanita warganegara Malaysia berumur 18 hingga 60 tahun; sekiranya lebih daripada 60 tahun, permohonan masih boleh dipertimbangkan;
  • Menetap di Negeri Selangor;
  • Pengundi berdaftar di Negeri Selangor;
  • Pengasuh di rumah secara sepenuh masa;
  • Mengasuh anak jagaan tidak lebih daripada 3 orang sahaja;
  • Belum pernah menghadiri sebarang kursus pengasuhan yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau mana-mana agensi lain;
  • Tempat perkhidmatan pengasuhan berada dalam kawasan Negeri Selangor.

3. Ketepatan Maklumat

Anda bertanggungjawab memastikan semua maklumat yang diberikan adalah benar, tepat dan terkini. Pernyataan palsu atau maklumat yang menyesatkan boleh menyebabkan permohonan anda ditolak atau dibatalkan pada bila-bila masa.

4. Satu Permohonan Sahaja

Setiap pemohon hanya boleh menghantar satu (1) permohonan menggunakan satu No. Kad Pengenalan (MyKad). Permohonan berganda menggunakan MyKad yang sama tidak akan diterima oleh sistem.

5. Penggunaan Maklumat

Dengan menghantar permohonan, anda bersetuju maklumat yang diberikan digunakan oleh YAWAS bagi tujuan Program Pencarian Pengasuh, termasuk paparan dalam aplikasi YAWAS, seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi.

6. Proses Pemilihan

Penghantaran permohonan tidak menjamin kemasukan ke dalam program. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memenuhi kesemua syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Keputusan Sekretariat IMPAK (Daya Fasih Sdn Bhd) adalah muktamad. Wakil Daya Fasih Sdn Bhd (Sekretariat IMPAK) akan menghubungi pemohon yang berjaya untuk urusan verifikasi seterusnya.

7. Sifat Program

Program IMPAK Selangor merupakan program latihan dan kursus asas PERCUMA dalam bidang pengasuhan yang dikendalikan di bawah Iltizam Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Penyertaan dalam program ini tidak membentuk sebarang hubungan pekerjaan dengan YAWAS atau Kerajaan Negeri Selangor, dan tidak menjamin sebarang pendapatan atau geran.

8. Perubahan Syarat

YAWAS berhak mengubah atau meminda Syarat Perkhidmatan ini pada bila-bila masa. Perubahan berkuat kuasa sebaik sahaja dimaklumkan di halaman ini.

9. Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan berhubung Syarat Perkhidmatan ini boleh dikemukakan kepada Sekretariat IMPAK, Daya Fasih Sdn Bhd, yang dilantik oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), melalui talian rasmi YAWAS.

← Kembali