Logo Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) Logo Kita Selangor

Iltizam Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak (IMPAK) Selangor

Program latihan dan kursus asas PERCUMA dalam bidang pengasuhan untuk semua pengasuh di rumah yang mengasuh anak asuhan di Negeri Selangor.

Syarat Permohonan IMPAK Selangor

Program IMPAK kini dibuka untuk semua wanita yang bersemangat dalam bidang pengasuhan dan ingin meningkatkan kemahiran. Program ini menawarkan peluang keemasan kepada wanita warganegara yang menepati kriteria berikut:

  • Umur 18 tahun hingga 60 tahun; sekiranya lebih daripada 60 tahun, permohonan masih boleh dipertimbangkan.
  • Merupakan pengundi berdaftar di Negeri Selangor. Anda boleh semak status pengundi di portal rasmi SPR.
  • Sedang menjalankan perkhidmatan pengasuhan di rumah dalam kawasan Negeri Selangor.
  • Mengasuh anak jagaan (bilangan kanak-kanak direkodkan semasa pendaftaran).
  • Belum pernah menghadiri sebarang kursus pengasuhan yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau mana-mana agensi lain.

Maklumat Penting yang Perlu Diketahui

  • Kebenaran Paparan Data: Pemohon dimohon bersetuju maklumat peribadi dipaparkan dalam aplikasi YAWAS bagi tujuan program.
  • Lokasi Pengasuhan: Tempat perkhidmatan pengasuhan anda WAJIB berada dalam kawasan Negeri Selangor.
  • Keutamaan: Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memenuhi kesemua syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
Teruskan ke Borang Pendaftaran